Monday, July 30, 2012

1 PUTERA

alhamdulillah... bersua lagi di sini.

setelah sekian lama menyepi... dengan izin Ilahi dapat ku tatapi kehadiran puteraku yang pertama MUHAMMAD DANIALHADI BIN MOHD SUHARDI.

kini dia telahpun berusia 8 bulan. cukup manja. susah nak tidur dan asyik nak bermain. comel seperti kakak-kakaknya yang lima orang tu.

sekarang ni dia sedang tidur nyenyak dalam buaian sambil ibunya sibuk di daur menyediakan hidangan untuk berbuka nanti.

Monday, November 22, 2010

korban

Alhamdulillah... pada tahun ini abah berkesempatan untuk menunaikan ibadah korban dengan menyertai satu bahagian. bertemankan ibu dan anak-anak, dan wan juga kami pergi ke tempat penyembelihan yang diadakan di bahagian belakang surau kubang panjang. 5 ekor semuanya jumlah lembu yang dikorbankan.

Bersama beberapa orang yang mahir, abah telah membantu kerja-kerja melapah dan seterusnya menyiang daging untuk diagihkan. empat orang anak abah sampai tertidur menunggu kerja-kerja menyiang daging selesai. ibu pula telah membantu kaum ibu dalam kerja-kerja membungkus. nasib baik juga sebab Ika tidak meragam, kalau tidak tak jadi kerjalah ibu.

dalam jam dua petang, kita beransur balik.

abah telefon tok di Pekan... alhamdulillah tok juga mengerjakan ibadah korban pada tahun ini.

Raya kedua... ramai yang dah mula bekerja. kak long pula ada program hari anugerah di sekolah. kak long telah menduduki tempat pertama di dalam kelas, mendapat 5A's bagi subjek teras, terbaik bagi 3 mata pelajaran dan mendapat anugerah kehadiran penuh. abah ingat ibu cerita, demam pun kak long nak pergi sekolah sampai ibu terpaksa pergi klinik desa minta ubat dan suap ubat untuk kak long dalam kelas. semoga kak long terus sukses.

untuk cemerlang kita mesti buat sesuatu yang luarbiasa.... ermmm... kata guru besar sekolah kak long pada hari anugerah tersebut.

sebelah petangnya, kami berangkat ke Pekan untuk menuju ke rumah ayah lang. sempena cuti sekolah dan tengok ayah lang dapat baby baru... Irham Rohimin.

sebelum sampai di rumah ayah lang singgah di rumah tok dahulu. rezeki raya haji dapat makan ikan baung dan krai fresh dari sungai hasil tangkapan pak ngah mamat. kebetulan pulak ada bawa kelapa jadilah ikan2 tadi masak lemak. sedapnya.... jam 10 malam baru bertolak semula ke rumah ayah lang mengikut jalan yang tidak pernah dilalui iaitu melalui kg. pulau rusa. thrill juga rasanya... apa lagi pada hari itu abah berpeluang memandu nissan serena yang ditinggalkan oleh ayah teh.

sejam lebih selepas itu barulah sampai di rumah ayang lang yang terletak di pulau serai, Pekan dekat dengan sekolah kebangsaan Datuk Mahmud Mat.

hari-hari seterusnya... anak-anak dan sepupu2 nya asyik ajak mandi pantai... sampailah balik semula ke bera... sebelum balik selepas 3 malam di rumah ayah lang mandi pantai lagi... sampai gaduh2.

hiiiiii... sabar jelah yek.

Wednesday, November 3, 2010

In This Story

semuanya ada 7 watak utama dalam menjayakan watak sementara di alam yang fana ini.

1. Adie
Abah, abang dan Adie merupakan nama-nama yang digunakan untuk dikaitkan dengan watak ini.

2. Obie
Ibu, sayang dan Obie merupakan nama-nama yang digunakan untuk dikaitkan dengan watak ini.

3. Iman
Kak Long, Emine dan Iman merupakan nama-nama yang digunakan untuk dikaitkan dengan watak ini.

4. Sofi
Kak Ngah, Sofiyyah dan Sofi merupakan nama-nama yang digunakan untuk dikaitkan dengan watak ini.

5. Solehah
Kak Min dan Solehah merupakan nama-nama yang digunakan untuk dikaitkan dengan watak ini.

6. Syuhada'
Ateh, Syuhada' dan Ada' merupakan nama-nama yang digunakan untuk dikaitkan dengan watak ini.

7. Ika
Baby, Adik dan Ika merupakan nama-nama yang digunakan untuk dikaitkan dengan watak ini.

Jadi, inilah watak-wataknya yang akan membintangi cerita ini. sehingga ke episod yang seterusnya. jumpa lagi